Halaman

Pengenalan



Salam sejahtera kepada pengunjung blog perubatan ini. 

Adakah anda mengalami gangguan daripada makhluk halus ataupun berkaitan dengan sihir?

Perkara ini memang sukar untuk difahami ataupun dirungkai tetapi hakikatnya kita wajib percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk halus golongan jin yang dicipta dari jisim-jisim yang halus yang mana ada yang baik dan jahat yang suka membuat kerosakan , menyakiti malahan menganggu kebanyakan urusan manusia. 

Para cerdik pandai terutama pakar-pakar perubatan moden zaman ini mula menyedari dan mengakui bahawa terdapat beberapa jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia disebabkan oleh gangguan daripada makhluk halus dan perlu dirawat dengan kaedah-kaedah lain selain dengan cara perubatan moden.

Kebanyakan masyarakat Islam amat mengetahui tentang golongan makhluk halus ini yang seringkali menganggu Umat Islam ketika sedang mengerjakan Solat, berpuasa Dll. Malahan gangguan mereka ini merangkumi urusan harian kehidupan manusia seperti gangguan kesihatan , gangguan spiritual. Gangguan ini boleh terjadi secara berterusan sekiranya tidak ditangani kerana perbuatan khianat manusia kepada manusia juga dengan mengunakan khidmat makhluk-makhluk ini secara langsung ataupun tidak.

Secara amnya penyakit dapat dikategorikan kepada dua jenis penyakit iaitu fizikal dan spiritual. 

1. Penyakit Fizikal 

Penyakit ini pada kebiasaanya dapat dikesan dengan mudah seperti deman, batuk,selsema, gatal-gatal kulit dsb.

2. Penyakit Spiritual

Penyakit ini disebabkan oleh tekanan perasaan seperti histeria yang sukar untuk dikesan dan dilihat oleh mata kasar oleh kebanyakan orang termasuk pakar-pakar perubatan moden tetapi untuk pakar perubatan tradisional lebih mudah untuk dikenalpasti dengan keizinan ALLAH s.w.t 

Insyaallah kami di Pusat Rawatan Tradisional Halim Zakaria sedia membantu anda untuk menyelesaikan segala masalah berkaitan dengan makhluk halus dan yang berkaitan dengan keizinan ALLAH s.w.t  yang penting ada harus yakin dengan usaha ini kerana kuasa penyembuh adalah milik ALLAH s.w.t jua pihak kami hanya perantara sahaja dalam penyediaan dan membekalkan haruman.

Admin SB